Tuesday, June 9, 2009

Sri DiaH’s Home Coming !!!

Thursday 3.22 a.m

(^_^) 15 Mei 2009
(Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, dan semua gambar adalah hiasan semata-mata, kanak-kanak bawah umur dinasihatkan mendapat bimbingan ibu-bapa untuk meneruskan pembacaan..hehe)

Lama sudah aku tak menulis…rasa rindu menggamit aku kembali mencoret rasa hati. Dalam bilik yang sunyi sepi ini, aku berbicara dengan hati... Memikirkan tentang perasaanku yang bercelaru, fikiranku yang melayang entah kemana. Apa sangat yang aku risaukan, apa sangat yang aku bimbangkan. « JODOH «..jawab hati... Selalu sangat aku mendengar orang menyebut, ‘Alaaa...jodoh, pertemuan, ajal, maut, semua tu di tangan Tuhan.. Segalanya sudah tertulis di luh mahfuz...’ Saat itu, aku merasa sangat redha dan tawakal kpdNYA. Bisikku... ‘Tak perlulah aku nak pening2 kepala memikirkan siapakah bakal suamiku, bagaimanakah orangnya ? Dimanakah dia sekarang ? Apakah dia salah seorang drpd mereka yang berada di sekelilingku ? jika benar ? siapa ? siapa ? dan siapakah dia ?’ Sebuah persoalan yang tidak dinafikan ada jawabnya...Cuma..bilakah ia akan terjawab ? Tetap akan menjadi tanda tanya...Wallahua’lam....


Erk ! Kawin Umo 25 ?? Awal sangat kew, lambat ke, cun2 dah ?

Aku tidak mahu membuat andaian dari sudut pandangan lelaki tentang ‘jodoh’, Namun, hakikatnya...aku sebagai wanita... dan perempuan...sedikit sebanyak, kerap atau tidak, berasa risau memikirkan soal jodoh...bukan aku tidak percaya qada’ dan qadar tuhan.Cuma, inilah sifat ingin tahu manusia...tertanya-tanya pada diri. Siapakah gerangan orang yang bakal berkongsi hidup denganku...bagaimanakah ciri yang ada pada bakal suamiku..Mungkin ada yang tergelak di saat membaca nukilan ini. Biarkan...aku tak menyalahkan kalian, kerana suatu saat dahulu, aku pernah merasa sangat menjengkelkan dan geli hati mendengar remaja belasan tahun bercerita soal kawin dan suami. Namun, selangkah ke alam dewasa, bergelar seorang wanita...umur pun sudah mencecah 20an...membuat aku sedar dan berfikir. Mengikut perhitunganku, dalam lingkungan umur 25, aku sudah patut bernikah, mendirikan rumahtangga. Tapi aku tak punya calon...dan belum cukup bersedia untuk menjejaki alam rumahtangga..ermm..masak pun x pass..aiyoo..Lima tahun bukannya sekejap kawan...tapi bukan juga singkat.Bergantung kepada pandangan individu...Anda rasa sempat ke ?? Slow-slow la belajar apa yang patut yer, perempuan ni belajar tinggi mana pun kena tau gak cmne nk jaga perut suami.nak besarkan anak..haha.mak aku la ckp cmtu..korg stuju ke tak…terserah laa…pendek kata, orang tua dah byak makan garam...tu yang banyak kena darah tinggi..so diorg pesan...kurangkan garam dalam masakan...peace ‘V’. (^_^)


Single ladies out there !!! Cool Bebeyh...

Pasti kalian pernah merasa sunyi, sendirian menjalani hidup, ya..kita ada kawan, kita ada teman, dan juga sahabat...tp, beranikah kita untuk menafikan hakikat bahawa kita memerlukan pendamping yang berlawanan jenis ? Itu lumrah ya kekawan... Aku pernah dua kali gagal dalam cinta...ya, ini cerita lama...benar ! Tapi bukan niat utk mengungkit cerita lama sekadar berkongsi cerita utk di jadikan iktibar. Cinta itu INDAH dan juga menyakitkan.. Kenapa begitu ?? Aku sendiri masih belum mampu mencari jawabnya... Pada aku, setiap yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Percayalah, aku bersyukur di atas kegagalan itu, ia membawa aku lebih dekat ke jalan ALLAH. Sejujurnya, aku tidak pernah berputus asa dalam mencari jodohku. walaupun jodohku telah di tetapkan, tp... aku percaya harus ada asa sebelum kita menemui nya. Usaha yang bagaimana ?? Berdoalah kalian...amalkan doa mendapat suami soleh...tetapi sebelum itu ?? muhasabah diri, apakah layak aku mendapat suami yang soleh ? Apakah suami soleh gandingannya perempuan murahan ? perempuan gedik ? perempuan hipokrit atau materialistik ? Tepuk dada...tanya iman....anda akan temui caranya.


Hot! Hot! Hot! Loving couples everywhere!!!

Hemmmm.... romantisnya bermadu kasih… Pandang kanan sepasang, pandang kiri sapasang… pandang depan 2, 3 pasang…pandang belakang? X boleh...jangan pandang belakang kata Pierre Andre..eheheh. Ok la.. time 4 serius bisness... Dulu pun, aku pernah kapel cam korang...Mak ai...dunia ini bagai ana yang punya....Tak di nafikan, bila dah single balik ni, kekadang jeles jugak tengok loving couples out there. Senang citer, rmai kwan2 aku yang single mangle sumer pernah rasa camtu. Ye la..terfikir jugak, apa buruk sangat ke diorang sampai xder lelaki nak usha...x menarik ke diorg smpai xder saper nak tackle...huhuhu.. Kekawan ku yang masih single, bersyukurlah anda..anda yang belum pernah merana kerana cinta. Kalau nk sangat tahu tentang dunia cinta yang menyakitkan, meh sini aku crita...jumpa personally yer...hehehe. To be honest, korang ni sangat bertuah la.. Belajar boleh lebih fokus, duit x perlu nak membazir beli topup, nama pun x tercemar, orang pun tak mengata sini sana, x membusukkan nama parents korang.. huhuhu..Alhamdulillah la korang sumer suci dr dosa2 maksiat hati, maksiat mata, dan segala-gala maksiat yang ada....(^_^)istighfar sejenak..astaghfirullah...


Sunyikah hidup di zaman remaja tanpa cinta??

Hemmmm… sejujurnya, bg mereka yang pernah hidup dalam dunia cinta, pasti merasakan kesulitan disaat sendirian menjalani hidup. Maklum lah dah terbiasa hidup berteman, ada tempat megadu, tempat bermanja and whatsoever…Tapi alah bisa tegal biasa la kawan. Kita lahir kat dunia ni pun sesorg sebenarnya, pastu kenal mak ayah, adik beradik kawan2…last2…mati pun kita sesorg jugak kan .So, kat mukabumi ni belajar2 la hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung harap pada orang lain. Zaman remaja tetap boleh jadi sangat indah walaupun tanpa cinta. Bergantung bagaimana anda memilih untuk mewarnai hidup anda. Percayakah anda pada teori ini?? Aku bercakap dari pengalaman k. Cuba korg belajar menghargai orang2 di sekeliling korg contohnya… roommate korg, housemate korg, jiran depan rumah korg, warden korg, pak guard , mak guard, ane kat rafi, kat imtiyaz..mak cik cemara, abg 4cent, raja comp dan yg sebagainya..Cuba korg bertegur sapa ngn diorg, jalinkan silaturrahim, tak ke hdup lbh ceria, pg mana2 pun org kenal.xda la rasa terasing sgt… Lg satu, kenapa nak duduk terperuk kat bilik, mengadap dinding, tido bgun jer, of coz la bosan a.k.a sunyi a.k.a depressed. Cuba la pg jalan2 kat taman ke, tasik ke, main bowling ke, window shoping ke kat mna2 port korg, cuci mata ke makan2 ke…tak ke terisi jugak masa...Untuk yg mahukan aktiviti lebih Islamic , pg la mengimarahkan masjid.ehehe…insya’allah.


Berehat sebentar bersama UNIC, (hayati dengan jiwa yang terbuka) 3...2...1

[Demi Cinta Suci]

Pernah hatiku luka pedih

Kerana dicalari cinta penuh duri

Lemas aku dalam dilema

Kata janji manis

Sungguh tak bermakna...

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih

Walau kedasar lautan sanggup ku selami

Aku tak percaya apa yang telah aku terjumpa

Kau sebutir pasir tak berharga...

Demi cinta yang suci...

Ku rela korbankan kepentingan diri...

Demi sinar bahagia...

Ku hambakan diri padaNya yang Esa...

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci

Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri

Dan jangan peduli akan aku tabah menempuhnya

Menyubur iman didalam jiwa...

Demi cinta yang suci...

Ku rela korbankan kepentingan diri...

Demi sinar bahagia...

Ku hambakan diri padaNya yang Esa...

Demi cinta hakiki ..

Ku sanggup redahi apa yang terjadi...

Apa lah erti cinta suci..

Andai janji –janji sering dimungkiri...

Apalah erti cinta murni...

Andai kata-kata sering didustai....