Wednesday, June 6, 2012

Antara Budi dan Diri



Kalau kita tak mampu menyenangkan orang, janganlah sampai menyusahkan pulak kan. Memanglah, tangan yg memberi itu lebih baik dari tangan yang meminta/menerima. Tapi kekadang, terlalu lembut hati pun susah juga, orang sebegini senang di pergunakan orang bila dirinya mudah termakan pujuk. Manusia memang suka menjaga kepentingan diri sendiri, dan memang lumrah manusia pun begitu. Tapi, manusia pun harus ada "senses". Maksudnya, prihatin/ "alert" akan situati dan keadaan orang lain. Janganlah kita sampai menjerat leher orang lain dalam sedar mahupun tidak. 

Betullah kata orang, payah kalau dah termakan budi ni, perasaan terhutang tu selalu menghantui. Hutang budi tak semestinya di bayar dengan duit, boleh juga di balas dengan kudrat, kata-kata yang bernilai, kasih-sayang, air tangan dan sebagainya setakat yang termampu. Duit boleh di cari, kasih sayang tak boleh di jual beli. Kerana duit, sahabat saling melupakan, saling menghianati, saling menindas, saling membunuh. Nauzubillah. Jangan kita memhambakan diri pada duit yang sememangnya indah dimiliki. Cukup sekadar keperluan, banyakkan sedekah untuk menyucikan harta kita, mungkin sebahagian dari hasil pendapatan kita ada "hak" orang lain yang lebih memerlukan.