Saturday, March 26, 2011

Murtabak segera dr MyResepi.com

Hey... almost a month i have been dreaming of Murtabak from bazaar Ramadhan. Since i don't even know how to make the "murtabak skin", (so sad....) so i google for simple recipe and i found this!! This is super duper awesome you guys. Give it a try! you won't regret.. much love from lovelies..hihihi.. :)

 "Resepi Murtabak Segera"

Murtabak with Kuah cuka bawang :)
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur



          Cara-cara
  1. Mula2 buat inti untuk murtabak. Caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. Kemudian, tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang. 
  3. Apabila daging sudah masak, masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan garam dan sedikit ajinomoto. Jika terlalu kering, tambahkan air. Masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup. 
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. Masukkan inti tersebut ke dalam telur. Kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. 
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
  7. Siap! :) 


Jiehannur eiman's murtabak wif lurve :)

No comments: