model cilik: Haqullah :) |
- Kalau mak ayah kata "Jangan!" (kepada anak-anak), mak ayah pun jangan buat. Contoh: Kalau ayah kata baca buku pada masa yang tertentu, smua orang dalam rumah kena baca buku, termasuk mak ayah.
- TV ditempatkan di dapur supaya kurang selesa nak tengok tv. (xde tv kat ruang tamu pun).Tv tutup pukul 10 malam. Smua masuk tido, tak de siapa boleh tengok tv.
- Ibu mengandung: Doakan anak dalam kandungan (Ya Allah, semoga anak ini akan jadi fi sabilillah!) .Datuk Nabi Isa mendoakan dapat anak fi sabilillah, lahir Maryam, lahir cucu baginda (Nabi Isa). Termakbul doa.
- Semua ahli keluarga makan di meja makan (whoever you are), tunggu smua orang ada di meja makan.Bincang isu agama di meja makan, dalam family (isu solat for example).
- Anak-anak dahagakan perhatian, jangan menafikan mereka. Esok-esok, akan ada barrier dengan anak-anak. Nabi dukung anak baginda, hassan & hussin. Masa berkhutbah nabi berhenti berkhutbah, dukung anak-anak baginda dan teruskan berhutbah.
- Kita kerja kt luar utk memenuhi "real job" kita kat rumah iaitu membesarkan anak-anak menjadi khalifah. Bukan sebaliknya.
- Tak kan jumpa orang jahat dengan orang baik. Seorang pelacur yang sudah insaf jatuh hati kepada Imam Hasan al-Banna, Imam Hassan tidak mahu kahwin dengan beliau, katanya "takkan jumpa orang jahat dengan orang baik".
- Sebaik-baik sedekah ialah, belanja ahli keluarga kamu makan. Jangan kedekut dengan keluarga.
- Doa ibu bapa paling mustajab (senang dimakbulkan oleh Allah).
boleh refer link ni : Ustaz Don Daniyal
No comments:
Post a Comment