Friday, June 13, 2008

Seuntai puisi buat saudaraku...


Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU

Kerana MALU si wanita tahu menjaga Kehormatannya

Kerana MALU si wanita tahu menilai Batas- batas sosialnya

Kerana MALU juga si wanita gagal Diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya...

Kerana hilang MALU itu...

terdedahlah Auratnya lantas kehormatan diri tergadai

Kerana hilangnya MALU itu....

si wanita Gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL

Kerana kehilangan MALU itu...

si wanita Lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan Oleh ALLAH swt sifat MALU

Kerana MALU....si lelaki nasihat diri dan Si wanita

agar bersama-sama jaga maruah Diri dan MENJAGA AURAT

Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri Dan si wanita

tentang batas-batas sosial Pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!

Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan Mendidik nafsunya.

JANGAN mengajak si Wanita berbuat DOSA.

Selalu mengingatkanDengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !

"Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya....

Kerana hilang MALU itu...

si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR

Kerana hilangnya MALU itu....

si lelaki lupa Tentang HUKUM ALLAH swt

Kerana telah hilangnya MALU itu....

siLelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw,

SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki ....

janganlah Menzalimi diri dengan meletakkan MALU Itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana Ingkar akan suruhannya

MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw Kerana meninggalkan sunahnya

MALUlah kamu kerana lupa dan malasMembaca AL-QURAN

MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU

MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.

MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan

Menyelamatkan kita dari fahsyar wal Mungkar!!!

No comments: