Pernahkan kau merasa apa yg aku rasa????? Lain di hati lain di inginkan, lain yang diimpi lain realitinya, lain yg dimaksudkan lain yg difahami..selalu saja bertentangan dengan apa yg diharapkan.Aku belum cukup kuat,belum cukup bersedia untuk berada dalam kemelut itu.Aku tahu sebagai anak yang paling rapat aku sepatutnya berada di samping dia .Tapi….aku tak sekuat yang diharapkan.. apalah sangat yang boleh aku lakukan untuk menenangkan dia,sedangkan hatiku sendiri,masih luka berdarah… Wahai kaum Adam, kenapakah jarang benar antara kalian yang bisa mencintai Hawa sepenuh hati hingga ke akhir nya???? Kalau dulu, kaulah wira, kaulah penyelamat, kaulah pelindung bagi kami kaum yg lemah ini….Tapi kini kaulah pemusnah, kaulah perosak,kaulah pembunuh dalam diam…Kau seksa batin nya..Kenapa?? Bukankah pernah suatu saat dulu dialah wanita penyeri hidupmu,dialah sumber inspirasimu,dialah yang memimpin kamu keluar dari jalan buntu, dialah jua yang melahirkan zuriat penyambung generasimu…Kalau dulu cintamu padanya umpama air di lautan ,knapa kini kemarau melanda,meragut kesuburan cinta yg dahulunya kau penat lelah menyemai dan membelanya ?? Wahai Adam, kasihanilah akan Hawa, hatinya menjadi rapuh bila tanpa cinta dan kasih sayang dari kamu, ketabahannya adalah kamu !! Yang menjadi pendorong dan penasihat, pemimpin yang mengingatkan dikala terleka, dikala alpa dan lagha. Ku akui kau punya hak dan kekuatan untuk memiliki selain Hawa yang satu ini, namun..Apa tidakkah pernah terdetik hatimu, akan hakikat yg selama ini Hawa ini sudah banyak berjasa dan berkorban untukmu dan zuriatmu? Untukmu jua keluargamu? Walau penat lelah, sakit peningnya sendiri di abaikan, demi untuk menyenangkan hati kamu sekalian.Tidak bisakah kau buang sedikit egomu, rasa angkuh akan kuasa dalam tanganmu,untuk menyenangkan hatinya walau seketika? Kerana dia adalah wanita yang suatu saat dulu kau menagih cintanya, mendamba kasih sayangnya, memujanya siang dan malam..juga dialah wanita yang suatu ketika dahulu hatimu berdetik, “Dialah Hawa yg dicipta dari sebahagian tulang rusukku…hanya untukku..” tidak dari kepala untuk dipuja, tidak pula dari kaki untuk di jadikan alas,bahkan..ia dekat pada hati…untuk dikasihi,disayangi,didampingi, dan di hargai akan keberadaannya..Juga ingatlah Adam, akan kalimah cinta dan ijab kabul yang pernah kau lafazkan pada tanggal bersejarah itu bersaksikan risalah Allah,dihadapan para khalifahnya.. Dan dikala itu jua airmata yg mengalir dipipi zaujahmu menjadi saksi akan rasa kesyukuran yang tak terhingga…Memiliki dan dimiliki sepenuh hati berserta keredhaan Ilahi..dengan harapan agar mahligai yang terbina ini akan kekal abadi hingga ke akhirnya. Biar berjuta dugaan melanda, biar payah namun di teruskan jua. Segala kesulitan ditempuhi dengan sabar, walau kadang waktu egomu melampau batasan, kesabarannya memuncak menundukkan amarah..lantas mutiara jernih mengalir deras,meredakan hatinya yang terluka,sesungguhnya hanya itu yang termampu dilakukan, kerana bagi wanita, airmata adalah kekuatan,pembasuh luka,pengubat lara.. Dan adam!! untuk apakah semua itu wahai adam? Jika bukan kerana cinta ,jika bukan kerana patuh dan taat setia padamu?? Sedarlah wahai adam, selagi kepatuhan menjadi dinding, selagi kesabaran melembutkan hati,selagi kekuatan menyelimuti diri..andai sudah hilang semua itu,tiada lagi yg mampu kau harapkan,kerana dalam kesabaran hawa tetap ada batasnya,tetap kuat semangatnya bila tercabar tatkala cintanya dipersia..airmata itu juga bisa kering dan mengembalikan semangat jua ketabahan buatnya melangkah pergi.. oleh itu, andai masih ada sayang, masih terselit cinta abadi, berubah lah adam… kembalilah pada keluargamu yang sentiasa mengharap…selagi masih ada sinar..ADAM.
No comments:
Post a Comment