Wednesday, June 4, 2008

BERTIH JAGUNG KEREPEK PEDAS~~


BERTIH JAGUNG KEREPEK PEDAS’


Hem..baru hari ini aku sedar, apa yang uniknya pada ibuku yang satu ini, bibirnya yang selalu tersenyum manis rupanya bukan sebarangan bibir.. nak tau kenapa? Tadi ada seorang budak lelaki kira-kiranya 12 tahun mungkin, singgah di rumah aku, biasalah budak-budak memang berminat melihat orang tua berkumpul lebih-lebih lagi melihat ayahku membuat batu-bata, sedang aku yang sudah remaja ini pun kadang-kadang asyik melihat dia yang seolah-olah pakar tu..hehe..walaupun baru berjinak-jinak dalam bidang ni. Aku kira budak tu agak banyak bicaranya, lantas ibuku yang “prihatin” tidak kira pada anak sendiri mahupun anak orang lain, menghadiahkan budak tu bertih jagung panas-panas dan kerepek pedas.hahahaha…Yang membuatkan aku bertambah-tambahlah hairan bin ajaib bin pelik, budak tu boleh pulak duduk tersengeh mendengar ceramah motivasi mak aku..Dari dalam rumah aku dapat menangkap beberapa isi penting yang tak sempat aku catat..hehe.Mak aku bagi tip-tips belajar kat budak tu, siap suruh salin karangan la supaya banyak idea bila nak jawab exam.. hem, aku pun agak la kehairanan, sebab selama ni aku rasa, tak pernah pulak aku menyalin mana-mana karangan semata-mata untuk dapatkan idea.. entah dari mana dia dapat ilham tu pun aku tak tau..A’aa..mungkin dari pengalaman dia mengajar kak ngahku yang memang susah nak dapat idea bila disuruh mengarang, masih aku ingat dulu, masa kamiorang kecik-kecik, menangis teresak- esak kakak ku bila dipaksa mengarang satu esei sebelum kami dibenarkan keluar bermain, aku pulak yang masa tu baru kira-kira darjah empat banyak pulak menyampuknya, sempat juga aku berikan idea untuk dia siapkan esei tu..Entah! dari mana datangnya ilham tu aku pun tak tahu. Tapi, yang pasti aku memang suka berkhayal dan membayangkan tentang sesuatu, maka dari itu aku dapat idea untuk mencipta sebuah cerita. Simple kan? Berangan sambil belajar, sebab tu aku suka sangat time menulis esei dalam kelas..aku definisikan ia sebagai kelas berangan..Heheh..Berbalik semula pada cerita ibuku tadi, melihat kelebatan ceramah mak aku tu, budak yang di ceramah tu pulak terpengung, tiba-tiba seakan di beri suntikan baru, sepatah mak aku cakap sepuluh patah dia menjawab, bukan setakat menjawab sahaja di tanyanya balik kat mak aku bertubi-tubi soalan, Macam mana? Kenapa? Bila? Di mana? Wahaha.. saat tu giliran mak aku pulak yang kelu lidahnya, haaa… tapi kelebihan seorang ibu yang teramatlah buat aku kagum dan terharu, tidak pernah naik berang dengan pertanyaan anak-anak yang bertubi-tubi,walaupun ditanya tentang benda yang sama, tidak tercabar kesabarannya walau sedikit, bahkan di hadiahi anak itu dengan sebuah senyuman lebar. Nah! sudah bersemangat anak ini untuk mencapai kejayaan, untuk mengetahui lebih lanjut tentang resepi kejayaan anak-anak mak aku!! Eh, bukan aku ker anak dia? Hahaha..Ternyata mak aku ini seorang yang peramah dan disenangi oleh kebanyakan orang termasukla anak-anak jiranku..Bahkan dia selalu membahasakan dirinya sebagai “mak” kepada mereka semua. Maknanya secara sengaja mahupun tidak mereka semua adalah adik-adik aku jugak..huhuhu..Pantang raya jer datang ler menadah tangan kat aku yang dah tentu-tentu pokai ni..Maklum ajer lah student, makan pakai pun mak aku yang tanggung. Tapi dek kerana mereka berharap sangat,aku pun bagilah.. sedikit pun jadilah…daripada balik tangan kosong kan..? Tak gituuu..? Huhuhu.. Sesekali terfikir jugak aku, macam mana kalau ada patah-patah kata mak aku yang di salahertikan oleh diorang tak pun lagi dasyat oleh mak bapak diorang.Fuhhh… boleh haru jadinya, tak dapat aku bayangkan apa yang bakal terjadi kalau mak aku ni duduk kat bandar, ye la orang kampung ni masih bersikap optimis bab nasihat menasihat anak orang ni. Bukan macam orang bandar, MINE YOUR OWN BUSINESS!!! Hem, terlintas satu bidalan yang pernah aku dengar, jika mahu mendidik anak, memerlukan didikan seluruh penduduk kampung…Maka, berpandukan satu contoh yang terjadi depan mata aku, aku percayalah pada bidalan ni. Ceritanya begini, ada la seorang budak lelaki ni dulunya sekolah tak ada lah genius sangat, lepas jer spm sambung tingkatan enam aje, tapi setidak-tidaknya semangat belajar dia kuat. Pastu dia Berjaya menjejakkan kaki ke universiti, kalau tak silap aku Universiti Malaysia Sabah, hemm..budak ni kiranya agak la alim pada pendengaran aku laa..Tup..tup.. lepas dia graduate tak lama lepas tu terus dapat kerja, sekarang dah ada jawatan besar, masih tak lupakan kitaorang.Selalu jugak la datang menziarah mak aku yang dulunya tak pernah jemu bagi nasihat dan kata-kata semangat kat dia. Kiranya, dia sebaya dengan arwak kak long aku, dan untuk membalas jasa mak aku, dia ada la jugak tolong aku time nak pergi temuduga maktab aritu..Kira besar jugak la peranan dia dalam kejayaan hidup aku..Insya’ALLAH kalau ditakdir suatu hari nanti aku pula berjaya macam dia, akan aku usahakan untuk membalas jasa-jasa orang yang telah menjadi tulang belakang aku selama ni..Mak ayah aku terutamanya, kakak ku, abangku, sepupu-sepupuku..saudara maraku dan yang berkaitan dengannya…sama ada secara langsung mahupun tidak..huhuhu..itu ajer lah..sekian..sila lah menjamu bertih jagung tu..jangan segan-segan buat macam rumah sendiri.Nak cuba? Datang la umah yer…hehe.adios!!

No comments: